Askum, maaf kalau menganggu saya just nak wish happy birthday. Jangan pernah putus asa untuk dapatkan yang terbaik dalam hidup awak. Saya harap awak berjaya satu hari nanti. Terima apa saja yang berlaku dengan ikhlas dan redha.InshAllah akan ada hikmahnya. Kesabaran akan menjadikan kejayaan milik awak. Jangan membuat keputusan mengikut nafsu dan membiarkan syaitan menguasai diri, fikirlah masak-masak dalam keadaan tenang kerana sedikit sebanyak sifat Asmaul Husna ada dalam diri awak. Semoga awak bahagia dunia akhirat dan dapat bersama orang yang awak cintai satu hari nanti, Amin.....
Tapi maafkan saya sebab terlalu sayangkan awak dan saya x sanggup nak buang awak dari hidup saya . Biarlah saya simpan perasaan ini sampai hembusan nafas saya yang terakhir. Janganlah awak risau sebab saya sudah merelakan kepergian awak dari hidup saya. Kebahagian awak yang terpenting bagi saya. Saya tetap cintakan awak sampai akhir hayat saya walaupun saya tau tak pernah ada sedikit pun kasih sayang awak untuk perem[uan hina macam saya dan saya tau takkan miliki kasih sayang awak selama-lamanya. Saya redho dan saya terima semua ketentuan-nya. saya tetap tunggu awak walaupun saya tahu penantian saya berakhir kecewa. Tapi lagi kecewa kalau saya hilangkan kasih sayang saya untuk awak sebab kasih sayang tu yang awak harapkan dari saya dulu. Sekarang itu semua tidak bermakna lagi untuk awak. Jangan minta maaf sebab saya sentiasa maafkan awak dan saya tak pernah salahkan awak. Saya takkan pernah benci awak walaupun saya tahu awak tak suka saya. Saya mengaku, memang saya cinta mati dengan awak dan saya sanggup jaga awak tak kiralah macam mana keadann awak sekali pun. Maafkan saya awak... maafkan saya..
Jaga diri baik-baik ea awak.......
* Tapi itu just impian kosong yang saya cipta sendiri. Bukan cinta saya yang awak harapkan tapi cinta orang lain.........
Blog Archive
Tuesday, 26 April 2011
luahan aty....
Posted by Adiela Anis at 22:20
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment